PENANJONG GARISON, Jumaat 8 November 2019 - Majlis Penutup Malam Dikir Maulud Nabi Muhammad Salallahu ‘Alaihi Wassalam bagi tahun 1441H / 2019M peringkat Penanjong Garison telah diadakan di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan IL ABDB. Turut hadir ialah pada majlis tersebut ialah Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Timbalan Komandan IL ABDB, Leftenan Kolonel Haji Rony Zai bin Haji Zaini, Pegawai Pemerintah Battalion Bantu TDDB, pegawai-pegawai, ahli-ahli tetap serta anggota-anggota
kursus.
Acara dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran surah Al-Anbiya yang dibacakan oleh 15521 Staff Sarjan (U) Mohammed Shahrin bin Haji Sarpudin, peserta Kursus Kompeni/Skuadron Sarjan Mejar sesi 2019. Majlis pada malam tersebut telah diserikan dengan
dikir Assalamu'alaika, dikir Syarafil Anam dan dikir Marhaban. Sebagai penutup, majlis turut diisi dengan tazkirah ringkas yang menyentuh tentang kelebihan solawat.
Majlis Malam-malam Dikir sempena Maulud Nabi Muhammad Salallahu ‘Alaihi Wassalam telah diadakan selama 12 malam berturut-turut bermula 28 Oktober 2019 yang lepas.