PEKAN TUTONG, SABTU 09 NOVEMBER 2019 - Seramai 788 orang Pegawai dan Lain-lain peringkat IL ABDB serta 37 anggota daripada Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (BN Kedua TDDB) terlibat sama dalam Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam bagi Daerah Tutong bagi tahun 1441 Hijrah bersamaan 2019 Masihi.
Pasukan IL ABDB bersama BN Kedua TDDB diketuai oleh Yang Mulia Mejar Mohammad Borhanudin bin Haji Abdul Manaf, Ejutan Garison selaku ketua pasukan. Sebanyak 41 pasukan telah mengikuti bagi perhimpunan dan perarakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, acara dimulakan dengan Bacaan Doa Selamat dan selawat 3 kali, perarakan dimulakan dengan didahului oleh Pasukan Tetamu Khas, Ahli-Ahli Jawatankuasa dan para jemputan khas dan diikuti oleh pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.
Tema bagi majlis perhimpunan dan perarakan sempana Maulud Nabi Muhammad bagi 1441H bersamaan dengan 2019M ialah "Meneladani Muamalat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam".