Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUP KURSUS MEMANDU LESEN KELAS (5)HGV SESI 2019

​​PENANJONG GARISON, JUMA'AT 08 NOVEMBER 2019 – Majlis Penutup Kursus Memandu Lesen Kelas (5) HGV Sesi 2019 telah berlangsung di Dewan Nikmat, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis tersebut ialah Leftenan Kolonel Abdul Rajid bin Haji Zainie, Pemangku Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera, IL ABDB.

Kursus Memandu Lesen Kelas (5) HGV telah dijalankan selama empat minggu bermula pada 11 Oktober 2019 hingga 08 November 2019 dengan keramaian 67 anggota termasuk dari agensi luar iaitu Pasukan Bomba & Penyelamat dengan keramaian 07 anggota yang turut menyertai kursus tersebut.