PENANJONG GARISON, SELASA 12 NOVEMBER 2019 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menerima lawatan sambil belajar dari penuntut-penuntut dari Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging, Ukong, Daerah Tutong.
Rombongan lawatan tersebut terdiri daripada 05 orang guru pengawas dan 29 orang penuntut. Lawatan sambil belajar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan penerangan secara ringkas kepada penuntut-penuntut mengenai latihan-latihan ketenteraan yang dijalankan di IL ABDB.
Aktiviti lawatan telah dimulakan dengan sesi taklimat mengenai Organisasi IL ABDB dan unit-unit utama ABDB. Selepas itu rombongan lawatan berkesempatan untuk menyaksikan pertunjukkan Kawad Senjata dan Kawad Tongkat dari peserta kursus. Aktiviti lawatan diteruskan ke Pusat Simulasi Latihan dan penuntut-penuntut berpeluang untuk melihat sendiri tatacara menembak menggunakan senjata-senjata yang terdapat di pusat simulasi tersebut. Lawatan telah diakhiri dengan melihat secara dekat pameran ikhtiar hidup dan menikmati jamuan ringan di Dewan Nikmat.