Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUPAN KURSUS ASAS KERANI SIRI 1/2020

1.jpgPENANJONG GARISON, Jumaat 27 November 2020/11 Rabiulakhir 1442 – Majlis Penyampaian Sijil Dan Penutupan Kursus Asas Kerani Siri 1/2020 bagi Anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah sempurna dilaksanakan di Bilik Makmal Komputer Cawangan Sekolah Pertukangan Tentera Insitut Latihan ABDB Penanjong Garison.

Tetamu kehormat didalam majlis tersebut ialah Mejar Shahrulamirul Iqbal bin Haji Sharbini@Sarbani, Timbalan Pegawai Turus Sel Inspektorat Institut Latihan ABDB. Turut hadir bagi majlis tersebut ialah Ketua Cawangan Sekolah Pertukangan Tentera, Kapten Majiidah binti Hj Sidek.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Alak ayat 1-19 oleh salah seorang perserta kursus dan kemudian diteruskan dengan penyampaian sijil kepada peserta kursus dan seterusnya memberikan ucapan dan menutup rasmi kursus berkenaan.

Kursus Asas Kerani Siri 1/2020 disertai oleh 30 orang anggota termasuk seorang anggota Pasukan Gurkha. Pelajar Terbaik Amali disandang oleh 19503 Sld Safwan Hilman bin Mohaimin, Pelajar Terbaik Akademik disandang oleh 50214 Lkpl Mohammad Zulfadli bin Mohd Said manakala Pelajar Terbaik Kemahiran Menaip disandang oleh 51600 Sld (U) Mohd Raihan bin Hj Awg Tengah. 

Dalam ucapan Tetamu Kehormat menasihatkan para peserta kursus supaya akan dapat menerapkan segala kemahiran dan pengalaman yang ditimba dari kursus tersebut untuk dipraktikkan di Unit dan diajarkan kepada anggota bawahan. Kursus ini adalah Kursus Mandatori bagi perkeranian yang mana merangkum semua pelajaran kerani.

1.jpg