Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

LAWATAN PENGENALAN YANG MULIA PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

lwtnil3.jpgPENANJONG GARISON, Isnin, 30 November 2020 – Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja  Brunei (ABDB) telah membuat Lawatan Pengenalan di Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) berserta rombongan Pegawai-pegawai Kanan ABDB dan Kementerian Pertahanan.

Ketibaan Pemerintah ABDB di Padang Kawad IL ABDB telah disambut oleh Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan IL ABDB berserta Pegawai-pegawai IL ABDB. Sejurus ketibaan, Pemerintah ABDB telah Menerima Tabik Hormat Panglima dari Perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota-anggota IL ABDB.

Pemerintah ABDB juga berkesempatan menikmati jamuan sarapan pagi di bilik VIP Markas IL ABDB sebelum meneruskan program kunjungan lawatan pengenalan dengan mengadakan sesi perjumpaan bersama Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan dan Rendah IL ABDB di Dewan Nikmat IL ABDB.

Semasa sesi perjumpaan tersebut, Pemerintah ABDB telah menekankan tentang beberapa perkara berkaitan dengan penglibatan anggota-anggota ABDB dengan perkara-perkara yang tidak diingini, pentingnya kerohanian, peranan semua anggota peringkat untuk memberi teguran kepada anggota-anggota baru, masaalah penyalahgunaan dadah dan pengkongsian masaalah dan berita tidak tepat didalam media sosial.

Seterusnya Pemerintah ABDB telah membuat kunjungan Lawatan Pengenalan ke Rejimen Pasukan Khas (RPK). Setibanya Pemerintah ABDB di Markas RPK, beliau telah disambut oleh Pegawai Pemerintah RPK, Lt Kol Muhd Suwardi bin DPLDP Hj Abdul Latif.

Sejurus selesai Lawatan Pengenalan di RPK, Pemerintah ABDB meneruskan lawatan dengan berkunjung ke Mes Pegawai Penanjong Garison bagi Sesi Perjumpaan bersama Pegawai-pegawai IL ABDB. 

Lawatan Pengenalan Pemerintah ABDB diakhiri dengan jamuan makan tengahari bersama Pegawai-pegawai IL ABDB dan RPK, dan seterusnya menandatangani lembaran kenangan dan sesi bergambar ramai.

lwtnil4.jpg
lwtnil2.jpg
lwtnil1.jpg

INTRODUCTORY VISIT COMMANDER ROYAL BRUNEI ARMED FORCES

Penanjong Garrison, Monday, 30 November 2020 – Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander Royal Brunei Armed Forces has made an introductory visit to Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) along with his delegations of senior officers from RBAF and Ministry of Defence.

The arrival of the Commander RBAF was received by Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commandant TI RBAF and TI RBAF’s Officers. Upon arrival at the TI RBAF parade square, Commander RBAF received General Salute by Guard of Honor consisting of TI RBAF Personnel.

Commander RBAF invited for morning breakfast at the VIP room, TI RBAF Headquarters then commencing his visit with the meet session with Senior Non-Commission Officers and Non-Commission Officers’ at Dewan Nikmat TI RBAF. During the meet session, Commander RBAF emphasized on matters related to the involvement of RBAF personnel on immoral behaviour, the importance of spiritual interest, the role of every ranking personnel in reprimanding new soldiers, drug abuse and sharing problems and inaccurate information on social media.

Commander RBAF later than pay his visit to Special Force Regiment (SFR). Upon his arrival at the SFR Headquarters, The Commander received by Lt Col Muhd Suwardi Bin DPLDP Hj Abdul Latif, Commanding Officer of SFR. 

Following up the Commander’s scheduled visit from SFR, Commander RBAF then proceeds to Officers’ Mess Penanjong Garrison for talk session with TI RBAF’s Officers. The Introductory visit ends with luncheon with TI RBAF and SFR officers followed by the signing of parchment and photo session.