Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MANTAN-MANTAN KOMANDAN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI BAGI TAHUN 1440H / 2019M

PENANJONG GARISON, Ahad, 19 Mei 2019  Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Mantan-Mantan Komandan IL ABDB bagi Tahun 1440H / 2019M bertempat di Mes Pegawai, Penanjong Garison. Majlis tersebut turut diisikan dengan bacaan Yaasin dan Tahlil diikuti dengan berbuka puasa dan solat fardhu Maghrib berjemaah. Hadir selaku jemputan khas pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mej Jen (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Negara Brunei Darussalam dan juga Jemputan-jemputan khas yang lain terdiri daripada mantan-mantan Komandan IL ABDB. 

ramadhanil.jpg


CERAMAH KHAS KULIAH ZUHUR SEMPENA HARI KELUARGA KEBANGSAAN DI SURAU AL-HIKMAH, PENANJONG GARISON

​PENANJONG GARISON, KHAMIS 16 MEI 2019 – Ceramah Khas Kuliah Zuhur sempena Hari Keluarga Kebangsaan telah disampaikan oleh Yang Mulia Dr Zulkifli bin Haji Zakaria daripada Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Negara Brunei Darussalam yang telah berlangsung di Surau Al-Hikmah Penanjong Garison.




MAJLIS MEMBACA SURAH YAASIN DAN TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 14 Mei 2019 - Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja.



MAJLIS PENUTUP KURSUS KETUA KOMPENI SIRI 2019

PENANJONG GARISON, Jumaat 10 Mei 2019 – Majlis Penutup Kursus Ketua Kompeni Siri 2019 telah diadakan di Mes Pegawai, Penanjong Garison pada petang tadi. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis ini ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Shafiee bin Hj Duraman, Komandan IL ABDB. Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan seterusnya tetamu kehormat majlis dijemput oleh Yang Mulia Mejar Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Pemangku Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri, Institut Latihan ABDB bagi penyempurnaan majis berkenaan. 

KETKOMP1.jpg




MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAN ANAK-ANAK ISTIMEWA SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS IL ABDB

PENANJONG GARISON, Jumaat, 3 Mei 2019 Warga Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Derma kepada Anak-anak Yatim dan Anak-anak Istimewa sempena sambutan Jubli Emas IL ABDB, bertempat di Mes Pegawai Penanjong Garison. Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran 5 anak-anak yatim dan 9 anak-anak istimewa kepada anggota-anggota IL ABDB bersama keluarga. 



View all News
< May 2019 >
 Sun  Mon  Tue  Wed  Thu  Fri  Sat 
 28 
 29 
 30 
 1 
 2 
 3 
 4 
 5 
 6 
 7 
 8 
 9 
 10 
 11 
 12 
 13 
 14 
 15 
 16 
 17 
 18 
 19 
 20 
 21 
 22 
 23 
 24 
 25 
 26 
 27 
 28 
 29 
 30 
 31 
 1